Search This Blog

Loading...

Friday, July 29, 2011

bermasalah menelan pil?

Tripple Gem adalah set yang terdiri daripada Energizing Soy Protin, Meal Shake dan Performance Drink. Set ini digalakkan ambil kepada golongan yang tak boleh nak telan vitamin langsung. Ianya juga sangat sesuai diambil oleh golongan ibu mengandung dan menyusukan anak. Ada ramai tetamu dari internet yang menanyakan kepada saya jika ada supplement yang bukan dalam bentuk pil maka inilah jawapannya....

TRIPPLE GEM
Harga? bagi mereka yang inginkan harga EXCLUSIVE ini, message saya di FB atau email di suwmohamed@yahoo.com or 0172101210. Saya akan berikan harga istimewa utk anda. Dan jadual pengambilan ekslusif juga akan diberikan.

Thursday, July 28, 2011

Persediaan puasa dengan ESP + performance drink

Ramadhan dah nak menjelma..apa persediaan kita? Persediaan mental dan fizikal untuk menyambut ramadhan yang mulia..
harap2nya bertenaga untuk beribadah..amin!!


Terdetik juga kerisauan kalau2 production susu merudum bila puasa..

Alhamdulillah..haritu ganti puasa, production susu maintain..badan pon tak penat..dengan bantuan Energising Soy Protein (ESP)+ performance drink..memang best!!


Semasa sahur, saya minum ESP + performance drink dan tidak makan makanan lain( bukan apa..malas nak masak untuk sahur hehehe)..bangun pon dah dekat2 nak imsak..


tapi Alhamdulillah sepanjang hari puasa tak terasa penatnye dan boleh breastfeed seperti biasa +pump..dan sempat memasak untuk makan malam :)


tu bagi saya..

jadi ape sebenarnye fungsi ESP ni?


Kelebihan ESP ini ialah;
  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
  • menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah


Jadi... Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?

Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)

Lelaki : melindungi dari any disease(heart, cancer etc)

Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.

Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

Ibu yang menyusukan: menambah dan mengekalkan milk supply ; increase berat badan baby healthily. ESP juga membantu menganjalkan bentuk payudara wanita terutama yang menyusukan anaknya. Semua ibu yang telah mencuba ESP mengakui kebenarannya. Payudara mudah rasa berat jika bayi lambat menyusu atau sesi perahan tertunda. Selain itu payudara tidak mudah lembik atau hilang keanjalan. Namun pengambilan yang konsisten membantu mendapatkan hasil yang terbaik.


Bagaimana cara bancuhan yang betul untuk ESP?


Bancuhkan 1 sudu besar ESP bersama air masak mati (air kosong)/ sejuk atau air suam2 kuku seperti milo, susu atau oren....JANGAN BANCUH dengan AIR PANAS kerana kandungan zat protein mudah musnah pada suhu yang tinggi.


Namun, diingatkan.. ESP tidak boleh diambil lebih daripada 3 sudu besar sehari, ok. Ada sebabnya kenapa perlu dihadkan. Nanti saya akan terangkan dalam entri lain. As for now, just keep in mind.. bersederhana adalah terbaik.


bagaimana pula dengan performance drink?


khasiat dan kebaikan Performance Drink

1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.

2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.

3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

4. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

5. Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.

6. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong cegah dehydration tu.

(credit)

Performance Drink ni digalakkan pengambilannya (especially kepada bf mamas untuk elak dehydrate) sebagai supplemen tambahan dan mereka yang ingin mengekalkan kecerdasan seperti di bawah ni:
(credit)
  1. Ahli Sukan
  2. Ibu yang menyusu, mengandung dan sedang berpuasa(insyaAllah mencegah dehydrate,sejukkan badan dan secara taklangsung susu tak akan merudum)
  3. Penghidap kencing manis
  4. Jemaah Haji dan Umrah
  5. Mereka yang bekerja di tengah panas-.
  6. Orang dewasa/kanak2 yang demam
  7. Mereka yang sudah berusia/lemah
  8. Mereka yang letih setelah seharian bekerja
  9. bagus untuk sesiapa sahaja...

Jadi..apa tunggu lagi..
grab it while it last..
untuk bulan Julai sahaja..
dapatkan dua produk ini pada harga istimewa..
sehingga 31 Julai 2011 sahaja
Email me at suwmohamed@yahoo.com or sms/call 017-2101210 now!!







Monday, July 25, 2011

kebaikan pengambilan supplement



soalan bonus
" betul ke makan suplemen ni susu jadi banyak?"

jawapan saya - indirectly yes
kenapa indirectly? sebab suplemen ni asasnya untuk menghasilkan susu badan yang berkualiti, yang mana pada masa yang sama, memberi manfaat kepada diri kawan-kawan juga. apa manfaat yang kawan-kawan dapat?

badan jadi lebih bertenaga, cergas, kurang letih
imun badan lebih tinggi
mood yang lebih baik, stabil
sihat sentiasa

justeru, apabila badan sihat, cergas, mood bagus ; maka susu badan lebih muda dihasilkan, provided kawan-kawan turut mengamalkan tiga perkara di bawah secara konsisten juga:

  1. Pam dengan konsisten setiap 3 jam atau kerapkan bayi menyusu untuk menghasilkan ransangan kepada payudara untuk menghasilkan lebih susu. Jangan sesekali tidak mengepam atas alasan payudara tidak bengkak. Jarak sesi perahan yang terlalu jauh iaitu melebihi 3 jam boleh menyebabkan penghasilan susu akan mula merosot dan lama kelamaan susuibu akan kering.
  2. Minum sekurang-kurangnya 3L air sehari...ini kerana air diperlukan untuk penyerapan vitamin dengan lebih menyeluruh.
  3. DOA yang berterusan. Doa ini yang membantu keyakinan kita kepada Allah kerana dengan izin Allah jualah rezeki susuibu itu mengalir dengan lebih banyak.

basically, kesan yang didapati selepas kawan-kawan mengamalkan pengambilan set penyusuan SHAKLEE secara teratur ialah :-Link

  • susu berwarna kuning dan pekat
  • anak minum sedikit dan mudah kenyang, senang nak buat stok susuibu
  • ibu lebih bertenaga
  • hubungan suami isteri bertambah intim
credit

jadi apa tunggu lagi?
mahu mencuba? email me at suwmohamed@yahoo.com or call/sms at 0172101210

Monday, July 18, 2011

EBM and shaklee

hari tu aku try makan supplement shaklee ni..
untuk tambah susu la..

aku rase macam serasi la ngan aku..
sebabnye badan pon kurang penat..
tido lewat pon takde la ngantuk kat opis..
lepastu ase segar bugar je pepagi..

of coursela kalo tak rajin mengepam, susu pon kurang..
key nyer adalah pam selalu..
so susu pon tak segan2 nak kuar..
alhamdulillah :)

rabu, khamis jumaat ni aku coti..
yahuuuu..bestnyer ble berkepit ngan anakku :P

Thursday, July 14, 2011

sambutan birthday yang sedehh..ko ado?

sambutan birthday ada banyak kaedah atau cara2nye..
dan sambutan ini bergantung kepada keprihatinan si suami dan juga bajett..
jadi..
jom tengok beberapa kaedah yang selalu dipraktikkan..


bagi yang sangat prihatin dan berkemampuan..
hadiah bday nyer berupa pakej percutian ke luar negara, makan di restoran mewah2..hadiah berupa beg LV, TODS, gucci etc etc..si isteri dengan gembiranya tweet, update fesbuk dan ambil beberapa keping gambar dan dimasukkan ke dalam blog untuk tatapan dihari tua nanti
so suweeettttt!!


bagi golongan yang sederhana pula..tapi prihatin (takkan tak prihatin kan?)
hadiah berupa jambangan bunga. coklat dan kek yang dihantar ke opis mampu mencairkan hati si isteri...si isteri tersenyum lebar dan senyuman menguntum..
comelllll!!

bagi golongan yang bajet..the thought that count right??
ucapan birthday diutus..melalui sms mahupun telefon..ayat berbunga indah..dan juga jika bernasib baik..ucapan berkumandang di corong radio.. touching beb! si suami mengucapkan kata-kata cinta paling agung..mencintaimu setulus hati..isteri tersenyum riang.. :P


bagi golongan sedehhh pula..tak prihatin pon yer la kott
ucapan birthday diucap apabila isteri mengingatkan suami tentang tarikh birthday..selalunye sebelum tido yakni beberapa minit sebelum masuk hari lain..
contoh situasi..
si isteri: bang, harini birthday saya..
suami: oh ye ker..hepi bday
si isteri: ??
suami: zzzzzzzzzzzzzzzz(krooh krooh)


beberapa situasi yang berlaku dihari ulangtahun kelahiran..
anda bagaimana?
aku pula?
yesss..golongan sedehh itulah aku..
ko ado?
aku definitely ado..
:P
itulah sambutan bday ku pada taun ni..

walaubagaimanapun..
si suami dalam usaha mempertahankan dirinyer..
mengatakan berkali2 bahawasanya die ingat..
tapi terlupa sebab kelam kabut dengan persiapan aqiqah aisy..
jadi tak sempat nak wish awal..
baiklah baiklah...
ku terima alasan mu itu..


psstttt: ingat tak janji2 manis mu dulu sayangku??

Wednesday, July 13, 2011

perkembangan aisy di usia 6 bulan

ada gigi sebatang..

boleh merangkak..tapi selow2 jela..

dah pandai pilih orang nak dok ngan sape

makan bubur yang ble tahan banyak..

Sunday, July 3, 2011

Makanan pertama anakku

Genap 6 bulan, aisy start makan..
Ni beras yang dah siap dibasuh, goreng sampai warna keputihan lepastu diblender.. Nampak cam nestum..



So harini.. Campur dua sudu beras.. Masukkan dalam periuk dan masak bersama puree pilihan.. Labu!



Buat sementara ni satu kiub per meal... Lpstu ble campurla kalau dah ngam..


Proses masak memasak..
Kemudian dh siap blender lg skali.. Bagi tekstur halus..


Taraa ni la rupe nye..
Since this is aisy first solid food, campur dengan EBM untuk cairkan bubur and for the flavour..




Yang selebihnya simpan dalam peti ais untuk hidangan seterusnya :)

Aisy makan dengan seronoknya.. Takde gambar sebab sibuk dok menyuap makanan

Tapi gambar jadi baby rimau pon ok laaa


Hihi..
- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, July 1, 2011

EBM dan kerja.. :)

hihihi..
tadi sembang ngan kawan opis, tanye camne die pam..brape kali sehari dapat pam..dan berape oz dapat sehari..

sebab jadual kami lebih kurang sama..
jadi ble la bajet2 berapa yang die dapat..dan compare berape yg aku dapat
biasala, tanye tu pon sebab rase ralat dengan hasil sekarangni dan jadual pam yang dah tak menentu..

haritu berazam nak pam 3 kali sehari..sudahnye.. dapat 2kali pon kire bersyukur giler..
so tanye la die..
kawan ni lagi kesian..ngajar kat melang lagi..ngajar kat pilah..
dari melang nak ke kampus pilah tu sempat dia pam..dalam kereta..
DALAM KERETA!!!

sangat bersemangat..sempat tu..sambil2 drive dan mengepam..
medela free style ok la..ade tempat nak lekat dan adjust2..
sib baikla kan.. teknologi sekarang dah makin maju.. everything is possible :P

aku? pam murah sajork..
takdela free style, kena pegang kottt
sekarangni asal sempat jer..
kalo dlu pam bawah meja..yer bawah meja..
sebab sebilik dua orang.. jadinye cam segan la kan
sekarangni pam selamba je..sebab bile jatuhkan baju..takde orang perasan pon..
kawan2 datang bilik pon tak tau aku tengah buat ape..
tak perasan..dorang ingat aku tengah print keje..sebab bunyi tu je..
hihihi..
aisy pon officially 6 bulan harini..
dah boleh start makan..


harap2nye hasil pam masih mencukupi untuk anakku :)
berusaha berusaha!!!
You Are a Realist
You don't see the glass as half empty or half full. You see what's exactly in the glass.
You never try to make a bad situation seem better than it is...
But you also never sabotage any good things you have going on.
You are brutally honest in your assessments of situations - and this always seems to help you cope.