Search This Blog

Loading...

Thursday, August 25, 2011

Doa untuk ibu menyusu

Gerak gempur misi EBM utk memotivasikan diri diteruskan lagi... Semoga hari ini lebih baik dari semalam... jom kita berusaha sambil berdoa, berzikir!!! Percayakan diri sendiri...insyaAllah susu yang anda hasilkan cukup untuk bayi anda. Tiada ubat ajaib pun yang boleh membantu susu anda menjadi banyak tanpa usaha lain... cipta demand dan supply ... susu akan meningkat insya Allah...

" Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, Jika masih jauh dekatkanlah. limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh"

Doa untuk menambahkan susu:

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan..


Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku

Amin...


Maksud ayat :
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.

Sambil baca ayat Al Baqarah; 60 tuh sambil letakkan tangan pada b dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan hingga 2thn.

Selain itu ibu-ibu boleh juga mengamalkan....

  • Surah al-Hujurat
  • al-Kauthar
  • Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & minum
  • Surah Yasin ayat 72-73
  • Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam

Wednesday, August 24, 2011

sustained release? apa maksudnya?

Perasan tak kat botol Vitamin C 500mg Shaklee tertulis perkataan Sustained Released pelepasan masa)?.. Apa maksud vitamin C ni bertindak mengikut pelepasan masa?

Sebiji Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg vitamin C dan ianya dirembeskan secara perlahan-lahan dalam badan mengikut keperluan badan kita tadi. Ini sangat bagus kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi.




Namun apabila kita demam dan selsema, dinasihatkan anda mengambil dua biji vitamin C iaitu sebiji waktu pagi dan sebiji lagi waktu malam. Selain itu vitamin C itu digalakkan agar dipatah dua sebelum ditelan. Untuk apa ya? Ianya untuk memastikan vitamin C itu merembeskan kesemuanya vitamin C 500mg. Ini kerana semasa kita sakit badan kita memerlukan vitamin C pada kadar yang lebih tinggi dari biasa.

sekilas fakta,

Shaklee Sustained Release Vita-C 500mg was the first sustained-release vitamin C supplement to use all-natural plant gums and waxes to release pure, protection vitamin C gently and continuously. It's made from all natural vitamin C sources (citrus fruits).

Vitamin C membantu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan,kesihatan tulang, gusi, gigi serta juga struktur am badan,membantu memulihkan resdung dan bersin pada waktu pagi, membantu dalam proses pemulihan kudis dan luka,membina kalogen untuk kulit yang sihat,bertindak melindungi sel dlm serangan antioksidan, meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging....

Tuesday, August 23, 2011

Resepi lazat untuk ESP. performance drink dan meal shake :)

soalan yang biasa ditanya..

camne rasa ESP?
sedap tak?
camne nak bancuh? ada cadangan tak?
ok disini ada beberapa cara penyediaan ESP yang mudah dan lazat

(1) Resepi Lazat - Asas
  • ESP + Air suam Rasanya seperti air soya buatan sendiri tanpa gula, sedap! Sangat disyorkan untuk individu yang kali pertama/kurang biasa minum protein soya.
  • Performance Drink + Air suam ~~ Rasanya seperti air oren Tang
  • Mealshake + Air suam ~~ Ranya seperti Milkshake McD vanilla.

(2) Resepi Lazat - campuran:
  • ESP + Fresh Milk
  • ESP + Fresh Milk + kurma (blend)
  • ESP + Shaklee MealShake
  • ESP + Shaklee Performance Drink
  • ESP + Shaklee Performance Drink + MealShake Shaklee ~~ TERBAEK!!
  • ESP + Nesvita 3in1
  • ESP + Tropicana Twister
  • ESP + Ribena
  • ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih, peria, pegaga)
  • ESP + Milo/Horlicks
  • ESP + Sirap bandung
  • ESP + Meal Shake + Aiskrim (buatan sendiri)
  • dan lain-lain... boleh tambah mengikut kreativiti anda

(3) Resepi Favouriteku :
  • ESP + Air suam (apabila PD habis dan kurang rajin, sebab resepi nie paling ringkas)
  • ESP + Tropicana Twiter Orange (terutama bila hari panas/ tengah hari)
  • ESP + Shaklee Performance Drink + MealShake Shaklee ~~ TERBAEK!!
  • ESP + Performance Drink (minuman wajib bulan Ramadhan terutama waktu sahur)

**Resepi ini hanya cadangan. Sila hubungi pengedar Shaklee anda untuk mendapatkan konsultasi lanjut mengenai pengambilan ESP, Performance Drink dan Mealshake (sukatan, jadual, dan sebagainya)
credit


Boleh email kepada saya di suwmohamed[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 017-2101210 untuk pertanyaan/rundingan/belian/konsultasi percuma...

Monday, August 22, 2011

SET B+ Energising Soy Protein+ performance drink di bulan ramadhan

amek set ni bulan pose ni memang marvellous lah!

badan bertenaga, kurang penat sepanjang hari..production susu pon banyak..just like before puasa..

testi 1..
kawan seofis
Ramadhan ambil Set ni..
lepastu datang jumpa saya bitau yang production susu semakin bertambah..meriah!!
sebelum ni 8oz untuk sehari pam (siang)..itu masa tak pose tu...
sekarangni 8oz sekali perah..can u imagine that!! perah 3 kali= 24oz..
she's happy..dan saya juga happy to hear that..Alhamdulillah :)

testi 2..
my own husband..
ambil Set A (tak ambil alfalfa) plus ESP+ PD
Him: ade beza la bila makan mende alah ni..
me: ape bezanye? (saje je buat2 tanya)
Him: hmmm, kurang penat lah..selalu bila petang2 je rase penat..sekarangni petang pon tak rase penat..
...................
sekarangni suamiku kalo nak suap supplement die nganga je..kalo tak sebelumni wat muka ketat je bile nak soh makan..so am happy :)

testi 3
Sy mencari suppliemnt yg sesuai utk diri esp utk mengerjakn umrah pd bln ramadhan yg sgt memerlukn ketahan physical & mental :-) Azrin Mohd mencadangkn Set A + PD sebagai bekalan. Alhamdulillah...berkat pengguna suppliemnt n PD, kami sekeluarga sihat tanpa batuk, selsema & demam ketika di tanah suci & sekembali ke tanah air. Kami dpt menjlni ibadah dgn sempurna tnpa rasa letih & kepenatan dgn keadaan cuaca panas sehingga mencecah 54deg. Selain tu,dgn Cinch Mix Shake & Lecithin sy berjaya menurunkn berat sbyk 2kg pd minggu petama & seterusnye. Thanks Rin for your advice!


ini antara testimonial dari orang terdekat dengan saya..
so kawan2..apa tunggu lagi?
hubungi saya di 017-2101210
or email me at suwmohamed@yahoo.com

Wednesday, August 17, 2011

wajah bersih berseri dan kulit lebih mulus!!

" Saya amik vitamin ni sebab period saya tak teratur. Tapi siapa sangka lepas makan vitamin ni, suami dan keluarga mertua puji kulit saya makin cantik. Bukan nak puji diri sendiri tapi saya memang dapat rasakan perubahan yang ketara amik vitamin ni. Dulu makan vitamin E pun tak nampak ketara seperti sekarang. Terima kasih kak N"

Ini adalah testimoni yang saya terima dari seorang customer saya. Beliau mahu dikenali sebagai puan S sangat gembira dan teruja selepas mengambil vitamin yang saya sarankan kepada beliau.

Beliau amalkan vitamin yang sangat penting untuk seorang wanita mengekalkan kestabilan hormon dan secara langsung ianya dapat melihat hasilnya dari kulitnya yang makin cantik dan berseri.

Berapa lamakah boleh melihat kesan ini pada wajah bila amalkan? Paling cepat ialah 7 hari dan paling lewat ialah 21 hari.

Adakah anda ingin tahu apa yang beliau amalkan ?

Hanya emailkan pada saya di suwmohamed[@]yahoo.com dengan tajuk
Saya ingin kelihatan cantik!

Saya akan emailkan kepada anda rahsia puan S. Anda juga mungkin menjadi pembeli yang bertuah apabila menjadi testimoni saya!

credit

Monday, August 15, 2011

Tips menambah susu badan

Perkara paling penting yang harus diingat oleh kaum ibu.. More demand, more supply..
Jadi kena perah selalu.. Dan kosongkan b**ast selalu

Amalkan perah setiap 3 jam.. Bagi ibu yang bekerja.. Kadang2 susah nak dapat kan? Sibuk ngan keje.. Meeting yang tak abes2.. Memang Saya juga rasa payah nak buat.. Jadi apa yang perlu dilakukan ialah.. Pam bila masa terluang.. Bila balik, topup balik mana yang tak sempat.. Pam sebagai ganti mana yang terlepas tu..

Untuk menten hasil/ production susu.. Pastikan anak direct bf dan pam= 8kali sehari.. Jadi kalo kurang pam, make sure anak direct bf banyak.. Kalo anak pon kurang menyusu.. Makesure kat umah pon mengepam juga..cukupkan sekurang2nya 8 kali

Untuk boost production, boleh amalkan pam susu pada pukul1-6 pagi.. Bulan Ramadhan ni elok sangat la.. Lepas sahur je ble pam terus.. Masa awal pagi.. Hormon prolaktin banyak terhasil.. Jadi kalo pam waktu ni mmg susu banyak kuar.. InsyaAllah..

Cara pam juga mempengaruhi kuantiti susu, boleh cuba kaedah ni.. cuba pam sejam.. Tapi pam 10 minit, rehat 10 minit dan sambung lagi sehinggalah sejam.. Susu banyak dapat.. Saya dah cuba, memang berkesan dan saya share kepada kawan2 saya yang mengeluh production kurang semasa Ramadhan.. Dan mereka pon kata cara ni berkesan!!

Dan yang paling penting, pastikan badan kita sentiasa segar dan mood kita happy sentiasa sebab bila stress, memang akan effect production susu... Banyakkan berzikir, berdoa dan sempena bulan Ramadhan ni.. Banyakkan mengaji.. Jadi senang dapat gelombang alpha.. Kita pun akan tenang automatik susu pun akan senang kuar.. Dan badan nak segar, kena dapatkan rehat yang cukup.. Makan supplement dapat membantu.. Tetapi kalau takat makan supplement lepastu tak pam, dan anak pulak kurang menyusu.. memang susu takkan bertambah..
Semuanya nak kena seiring yer..

Banyak lagi Tips yang nak dikongsi.. Tapi setakat ni, itu sahaja dulu.. Kalo kawan2 nak cuba.. Cuba Tips yang saya bagi ni dlu.. Sebab Tips ni agak senang nak buat dan senang nak amal.. Jadi saya harap dapat membantu :)

Selamat mengepam ibu-ibu..


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, August 8, 2011

status halal shaklee

ramai yang bertanya tentang status produk shaklee ni..samada halal atau tak..

ramai yang terkonpius dengan shaklee obersea punya..ada kawan yang bagi link bertanyakan status shaklee dan pengesahan shaklee kanada yang mengatakan produk shaklee tidak halal..

untuk makluman, produk shaklee Malaysia adalah HALAL..
dibawah ini disertakan senarai produk shaklee diimport masuk ke Malaysia..dan disahkan oleh ISA..



dan ini pula daripada JAKIM yang mengiktiraf ISA sebagai badan yang bertanggungjawab untuk memberi status halal bagi produk luar negara...



lega tak?
diharapkan informasi ini dapat membantu kawan-kawan semua lebih yakin dengan produk shaklee ni..dan tiada lagi ragu-ragu untuk menggunakan produk ini..

BTW, untuk rakan2 yang berada di negara selain Malaysia, sila rujuk pada Shaklee Distributor anda ya. Saya tidak pasti bagaimana pemprosesan di negara lain. Pernah juga saya buka Shaklee Japan, tapi, produk yang tersenarai juga agak berbeza dengan di Malaysia. Maka, saya tidak pasti, status halal gelatin mereka.

Yang pasti, untuk pengguna Malaysia, segala produk telah dihasilkan di US, dan di bawa masuk ke Malaysia, dan produk ini telah diktiraf halal oleh Islamic Services of America (ISA).

sekian :)

Tuesday, August 2, 2011

update: aisy 7bulan

1. gigi bawah dah ada 2 batang..
dah nampak nak kuar lagi 2 batang kat atas :)


tu yg sekarangni asek nak menggigit jer..

2. dah ble duduk kat kusi baby tu.. tp kejap jela, mana tahan kena dok dendiam


3. dah pandai meniti2 di kerusi..aksi lepas tangan, berdiri pon tak stabil lagi..ade hati tu

main je tak berenti..berpeluh habis basah rambut..main tak hengat

4. pegang biskut sendiri..

5. dah ligat mencari ayah n ibu kalo tak nampak didepan mata..
tempat pertama yang dituju: toilet..
apela yang menarik kat situ pon tak tau la

6. dah pandai nak tarik perhatian orang..
esp bile ayah balik..terus nangis sambil merangkak2 pegi kat ayah
over!!

Monday, August 1, 2011

susu badan yang semakin berkurangan???

Ramai yang mengalamai masalah susu badan yang semakin kurang, terutama apabila ibu dah kembali bekerja dan masalah yang dihadapi oleh ibu-ibu termasuklah diri saya sendiri selalunya berpunca dari:
  • Tidak disiplin mengepam. Maklum saja bila dah kerja bukan boleh suka-suka hati nak tinggal kerja, terutama yang sentiasa kena ‘on-call’ atau ‘stand-by’. Ibu yang bekerja di kaunter, kerja di production line, dsb biasnaya menghadapi masalah untuk mengepam secara konsisten.
  • Bayi keliru puting. Ada bayi yang apabila diberi puting botol, maka dia lebih menggemari puting botol berbanding ibunya sendiri. Ini menyebabkan ibu kurang mendapat rangsangan penyusuan kerana bayi kurang menyusu di payudara.
  • Kurang minum air. Maklumlah bila dah sibuk tu, nasiblah bernafas ni tak payah nak diperingat. Kalau tak bernafas pun lupa.
  • Stress. Tak ramai yang sedari bahawa dia sebenarnya dalam keadaan stress. Stress ni tak semestinya datang dalam keadaan kita tertekan, rasa nak bunuh diri, etc.. stress juga terjadi bila terlalu banyak benda nak difikir/dibuat dalam satu masa, walaupun kita rasa “Eh, aku OK je” tapi kimia-kimia dalam tubuh kita kadang tak dapat nak cope
credit

Bila stress, tubuh kita dah sedia ‘bekerja’.
Stress dan penghasilan susu ibu mempunyai hubungan yang istimewa. Bila menyusu/mengeluarkan susu, hormon yang melegakan stress dikeluarkan, dan kita akan berasa tenang. Namun, untuk mengeluarkan susu, kita memerlukan hormon anti-stress itu juga :)
Laksana air mutlak, suci lagi menyucikan. Penyusuan ibu juga, tenang lagi menenangkan ;)
Jadi bila susu semakin kurang, cuba buat spot check sikit:
  • Adakah mengepam di pejabat 2-3 jam sekali?
  • Adakah bayi masih gemar menyusu di payudara seperti semasa bercuti?
  • Adakah cukup minum air (biasa 8 gelas sehari, bagi yagn mengambil supplement 3 liter sehari)
  • Adakah menghadapi tekanan walaupun sedikit?
  • Adakah cukup rehat?
Jadi pastikan jawapan2 utk bersoalan di atas:
  • YA
  • YA
  • YA
  • TIDAK
  • YA
Jika tak sama, cube lah sama kan ikut skema soalan bocor

Pengambilan supplement, itu sepatutnya up-front, bukan last resort. Begitu juga milk booster yang lain. Yang penting, stimulasi. Kalau yang atas tu tak dipenuhi, makan ler milk booster dari planet marikh pun, pasti tak dapat hasil yang memuaskan.
credit

Energising Soy Protein

pengenalan kepada ESP..
ni soalan-soalan yang biasa ditanya..

1. ESP tu apa ya?
2. ESP dengan Alfalfa mana bagus untuk banyakkan susu?
3. Berapakah harga ESP?
4. Berapa lama tahan harga satu canister ESP?
5. Siapa yang tidak boleh amik ESP?
6. Apakah rasa ESP?
7. Bila saya boleh dapat jika order hari ini?
8. Jika dah amik alfalfa masih perlu protin ke?

Jawapan kepada persoalan di atas ini agar segala kemusykilan bagi yang baru mengenali ESP Shaklee akan terjawab...

1. ESP tu apa ya?
ESP ialah singkatan bagi Energizing Soy Protin. Ia adalah protin soya yang sangat berkualiti. Ia didatangkan dalam bentuk serbuk. Boleh diminum begitu sahaja atau pengambilan bersama minuman lain seperti freshmilk atau jus dengan suhu air tidak terlalu panas agar tidak merosakkan enzim protin itu sendiri.

2. ESP dengan Alfalfa mana bagus untuk banyakkan susu?
Protin sangat perlu untuk pembentukkan sel. Kandungan susuibu mengandungi protin dan pengambilan protin menggalakkan lagi penghasilan susuibu. Alfalfa turut mengandungi protin namun ada kadar yang minimum.
Kedua-dua bangus untuk membanyakkan penghasilan susu namun balik kepada budget masing-masing. Ada yang mengambil kedua2nya, tidak kurang yang mengambil salah satu sahaja.

3. Berapakah harga ESP?
Harga ESP bagi semenanjung termasuk postage ialah RM131 manakala bagi Sabah Sarawak ialah RM144.

4. Berapa lama tahan harga satu canister ESP?
Jika si ibu mengambil 2 sudu besar sehari , ia boleh bertahan antara 1.5 -2 bulan untuk satu canister.

5. Siapa yang tidak boleh amik ESP?
Individu yang mempunyai masalah diabetes tidak digalakkan mengambil ESP ini.

6. Apakah perasa ESP?
ESP Shaklee berperasa Soya.

7. Bila saya boleh dapat jika order hari ini?
InsyaAllah jika tiada aral yang melintang, penghantaran adalah 1-2 hari bekerja.

8. Jika dah amik alfalfa masih perlu protin ke?
Boleh mengambil kedua2nya jika berkemampuan. Jika tidak boleh memilih salah satu mengikut budget individu.

Untuk mendapatkan lebih pengetahuan tentang kebaikan ESP... boleh klik SINI.

Boleh email kepada saya di suwmohamed@yahoo.com atau sms kan kepada saya 017-2101210 untuk pertanyaan/rundingan/belian...
You Are a Realist
You don't see the glass as half empty or half full. You see what's exactly in the glass.
You never try to make a bad situation seem better than it is...
But you also never sabotage any good things you have going on.
You are brutally honest in your assessments of situations - and this always seems to help you cope.